HomeUtamaPemeriksaan kesihatan kekal, hari pertama sekolah tetap ceria

Pemeriksaan kesihatan kekal, hari pertama sekolah tetap ceria

Read Time:1 Minute, 7 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Hari pertama sesi persekolahan hari ini berlangsung lancar dengan amalan pemeriksaan kesihatan di kebanyakan sekolah, terutamanya tadika.

Tinjauan Sabah Media mendapati sekolah membuat pemeriksaan suhu badan, pemeriksaan mulut, dan amalan mencuci tangan menggunakan cecair pensanitasi.

Langkah ini diambil bagi memastikan murid hadir ke sekolah dalam keadaan sihat dan mengurangkan risiko penularan jangkitan dalam kalangan kanak-kanak.

Sepanjang pagi, murid-murid memasuki kawasan sekolah dengan tenang dan penuh semangat. Tiada insiden tangisan direkodkan, sebaliknya mereka ceria melambai tangan kepada ibu bapa sebelum memulakan sesi pembelajaran.

Beberapa sekolah juga telah mengadakan sesi orientasi lebih awal, seawal 7 haribulan lalu, bagi membiasakan murid dengan persekitaran sekolah, guru, dan rutin harian.

Pendekatan ini terbukti membantu murid menyesuaikan diri dengan lebih cepat, sekali gus menyumbang kepada kelancaran hari pertama persekolahan.

Seorang ibu, yang mahu dikenali sebagai Chellsie, memaklumkan kepada Sabah Media bahawa mereka keluar seawal jam 5.30 pagi bagi mengelakkan kesesakan jalan raya pada hari pertama persekolahan.

“Kami keluar awal pagi untuk elakkan kesesakan. Singgah membeli makanan pun nampak ramai ibu bapa beratur kerana hari pertama sekolah.

“Semuanya berjalan lancar, dan anak-anak nampak sudah biasa dengan persekitaran sekolah, kerana beberapa sekolah, termasuk sekolah anak saya, telah mengadakan sesi orientasi seawal Rabu lalu (7 haribulan),” tambah beliau, yang menghantar anak ke sekolah rendah sekitar jam 6.15 pagi sebelum ke tadika.

RELATED ARTICLES
Utama

Program Sekolah Penyayang sempena Back To School di SK St Theresa,...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular