HomeUtamaPengiran Saifuddin dilantik sebagai Pengerusi SUDC

Pengiran Saifuddin dilantik sebagai Pengerusi SUDC

Read Time:59 Second

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Manis, Datuk Pengiran Saifuddin Pengiran Tahir Petra telah dilantik sebagai pengerusi yang baharu bagi menerajui syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) Sabah Urban Development Corporation Sdn Bhd.

Susulan pelantikan terbabit, Pengiran Saifuddin berkata beliau komited untuk memastikan anak syarikat dibawah Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) itu terus memainkan peranan dalam pembangunan ekonomi Sabah.

“Anak syarikat ini telah lama menjalankan tanggungjawab dalam merancang dan melaksanakan pelbagai projek pembangunan hartanah, selain
membantu merangsang pertumbuhan ekonomi Sabah.

“Dengan pelantikan ini, saya akan memastikan peranan anak syarikat ini akan terus menjalankan fungsinya sebagai pemaju hartanah utama kerajaan negeri.

“Saya turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor atas kepercayaan beliau kepada saya untuk menerajui anak syarikat ini,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan, semalam.

Pada masa sama, beliau turut menerima fail penyerahan tugas daripada pengerusi terdahulu, Datuk Jamawi Jaafar yang kini dilantik sebagai Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan.

Ditubuhkan pada tahun 1972, SUDC yang sebelum ini dikenali sebagai Milek Perkara dibangunkan berpacu kepada matlamat membangunkan hartanah khususnya untuk komuniti usahawan bumiputera tempatan negeri ini.

Kemudian, Milek Perkasa ditukar kepada SUDC pada 25 Ogos 1984.

RELATED ARTICLES
Utama

Bekalan air tidak boleh dikompromi – Hazem Mubarak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular