HomeUtamaTetap berarak walau hujan

Tetap berarak walau hujan

Read Time:1 Minute, 5 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Hujan lebat tidak mematahkan semangat lebih 100 pengamal undang-undang yang menyertai perarakan sempena Pembukaan Tahun Perundangan 2026 bagi Sabah dan Sarawak hari ini.

Perarakan sejauh 2.6 kilometer bermula dari Dewan Hakka ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), menyaksikan para pengamal undang-undang yang berpakaian rasmi melindungi diri menggunakan payung atau jubah mahkamah.

“Kami berkumpul seawal jam 6 pagi dan mula berarak sekitar jam 7 pagi. Semasa perarakan hujan turun dengan agak lebat. Kami basah kena hujan, tetapi tetap bersemangat,” kata seorang peguam yang menyertai perarakan.

Perarakan diketuai oleh Ketua Hakim Negara Malaysia, Datuk Seri Wan Ahmad Farid Wan Salleh, bersama Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Abu Bakar Jais; Hakim Besar Malaya, Hashim Hamzah; dan Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Datuk Azizah Nawawi.

Selepas perarakan, para pengamal undang-undang bergambar beramai-ramai, diikuti prosiding mahkamah terbuka.

Majlis dirasmikan oleh Azizah yang dalam ucapannya menekankan bahawa pentadbiran keadilan adalah usaha bersama, yang diperkukuh oleh komitmen kolektif, kerjasama, dan profesionalisme, sekali gus mengekalkan keyakinan awam terhadap institusi mahkamah.

Turut menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut ialah Presiden Sabah Law Society (SLS), Datuk Mohamed Nazim Maduarin; Presiden Persatuan Peguam Sarawak, Gurvir Singh Sandhu; Peguam Negeri Sabah, Datuk Brenndon Keith Soh; Peguam Negeri Sarawak, Datuk Saferi Ali; dan Peguam Negara Malaysia, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar.

RELATED ARTICLES
Utama

Wang melekat antara satu sama lain, tidak dikira di lokasi –...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular