HomeUtamaKerjasama Sabah–Darul Ifta Mesir perkasa latihan kefatwaan serantau

Kerjasama Sabah–Darul Ifta Mesir perkasa latihan kefatwaan serantau

Read Time:1 Minute, 7 Second

KAHERAH  :  Kerajaan Negeri Sabah dan Darul Ifta Mesir bersetuju memperkukuh kerjasama dalam bidang kefatwaan dan keilmuan Islam menerusi penubuhan Jawatankuasa Pelaksanaan Memorandum Persefahaman (MoU) yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, jawatankuasa tersebut akan berperanan menyelaras pelaksanaan program kerjasama yang dipersetujui serta merangka inisiatif baharu bagi manfaat bersama.

Menurutnya, antara tumpuan utama kerjasama itu adalah pembangunan program latihan dan kursus kefatwaan kepada mahasiswa Sabah yang sedang melanjutkan pengajian di Mesir, khususnya di Universiti al-Azhar.

“Kita berhasrat memastikan pelajar Sabah bukan sahaja memiliki kelayakan akademik, malah turut dibekalkan kemahiran praktikal kefatwaan melalui penganugerahan sijil diploma khas,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis menandatangani MoU bersama Mufti Republik Arab Mesir, Prof. Dr. Nazir Mohamad Ayyad, yang berlangsung di Pejabat Darul Ifta Mesir, di sini.

Arifin berkata, kerjasama itu turut membuka ruang kepada Sabah untuk menjadi lokasi strategik bagi pelaksanaan program penyelidikan, latihan dan rujukan kefatwaan Darul Ifta Mesir di peringkat serantau.

Beliau berkata, pendekatan Darul Ifta Mesir yang berlandaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah, berteraskan kesederhanaan, toleransi dan penolakan terhadap ekstremisme, amat sejajar dengan landskap sosial dan keagamaan di Malaysia.

Menurutnya, ramai mufti serta pegawai fatwa dari Malaysia dan negara-negara ASEAN sebelum ini telah mengikuti latihan kefatwaan di Darul Ifta Mesir, sekali gus membuktikan peranan institusi itu sebagai pusat rujukan utama dunia Islam.

RELATED ARTICLES
Utama

Perundangan adat Anak Negeri Sabah wajar dikemas kini, MAN diperkukuh –...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular