HomeUtamaPeniaga dikompaun guna alat timbang tamat tempoh tentusah

Peniaga dikompaun guna alat timbang tamat tempoh tentusah

Read Time:56 Second

LABUAN : Seorang peniaga dikenakan tindakan kompaun oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Wilayah Persekutuan Labuan atas kesalahan menggunakan alat timbang yang telah tamat tempoh tentusah bagi tujuan perdagangan, di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972 [Akta 71].

Pengarah KPDN Wilayah Persekutuan Labuan Junaidah Arbain berkata, tindakan tersebut diambil hasil pemeriksaan yang dijalankan sepasukan anggota penguatkuasa ke atas sebuah premis perniagaan di sekitar bandar Labuan.

Beliau berkata, semasa pemeriksaan dijalankan, peniaga berkenaan didapati menggunakan alat timbang jenis neraca yang telah tamat tempoh tentusahnya bagi urus niaga perdagangan.

“Perbuatan tersebut merupakan suatu kesalahan di bawah peruntukan Akta 71.

“Jika disabitkan kesalahan, peniaga boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM40,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.

Sehubungan itu, Junaidah berkata, KPDN WP Labuan menasihatkan semua peniaga agar sentiasa memastikan alat timbang dan sukat yang digunakan dalam urus niaga perdagangan adalah sah, telah ditentusah serta masih dalam tempoh laku.

Menurutnya, pematuhan terhadap peruntukan undang-undang ini penting bagi menjamin ketelusan dalam urus niaga serta melindungi hak dan kepentingan pengguna. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan terus komited sejahterakan rakyat, dividen RM4.6 juta bukti keprihatinan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular