HomeUtamaLelaki nafi dakwaan rogol teman wanita

Lelaki nafi dakwaan rogol teman wanita

Read Time:54 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah sekolah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol teman wanitanya yang masih di bawah umur.

Tertuduh, Zarvoel Saidi, 32, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Amir Shah Amir Hassan.

Mengikut pertuduhan, Zarvoel didakwa merogol seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun 10 bulan kira-kira jam 3 petang pada 10 Januari lalu di sebuah hotel di Tuaran.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 4 Mac depan sebagai tarikh pengurusan kes pra-perbicaraan.

Tiada jaminan dibenarkan terhadap tertuduh selepas mahkamah mengambil kira hujahan pihak pendakwaan bahawa tertuduh bekerja di sekolah yang sama dengan mangsa.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Bryan Francis memohon agar jaminan tidak diberikan atas alasan kesalahan itu adalah tidak boleh dijamin serta tertuduh berisiko melarikan diri dan berpotensi mengganggu saksi-saksi pendakwaan sekiranya dibebaskan dengan jaminan.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon agar jaminan diberikan dengan alasan perlu menyara ibu bapanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah perkukuh penglibatan pelabur melalui acara perniagaan antarabangsa

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular