HomeUtamaBapa rogol anak kandung, dipenjara 12 tahun dan 6 sebatan

Bapa rogol anak kandung, dipenjara 12 tahun dan 6 sebatan

Read Time:44 Second

KOTA MARUDU: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 12 tahun serta enam sebatan kerana merogol anak perempuannya sendiri.

Tertuduh berusia 37 tahun, mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen A. Akhiruddin Acho.

Mahkamah turut memerintahkan agar tertuduh dikenakan pengawasan polis selama tiga tahun selepas selesai menjalani hukuman.

Tertuduh telah merogol mangsa yang berusia 16 tahun di tepi sungai berdekatan dengan jambatan dalam daerah Pitas pada 6 Januari lalu kira-kira jam 6 petang.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan hendaklah juga dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, polis menerima laporan daripada mangsa berhubung kejadian rogol itu pada keesokan harinya, 7 Januari.

Bertindak atas laporan, pada petang yang sama, pihak polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Kota Marudu telah melaksanakan tangkapan terhadap tertuduh.

Turut dirampas sebuah kenderaan Toyota Hilux serta pakaian milik tertuduh untuk siasatan selanjutnya.

RELATED ARTICLES
Utama

PM Anwar pengerusikan mesyuarat MB dan KM, perkukuh penyelarasan pusat-negeri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular