HomeUtamaLelaki didakwa edar syabu 16kg

Lelaki didakwa edar syabu 16kg

Read Time:41 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan mengedar 16,314 gram syabu.

Khoo Chan Woon, 43, didakwa melakukan kesalahan itu pada 2 Februari tahun ini, kira-kira jam 1.15 petang, di lobi Menara B, Kondominium K-Avenue, Jalan Cyber City, Donggongon, berhampiran sini.

Pertuduhan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (DDB) 1952 membawa hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup, serta minimum 15 sebatan rotan jika sabit kesalahan.

Namun, tiada pengakuan direkodkan daripada Khoo apabila pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Marilyn Kelvin.

Pegawai pendakwa Kastam memohon tarikh sebutan semula bagi menunggu laporan kimia dan memerintahkan tiada jaminan kerana pertuduhan terhadap tertuduh tidak memperuntukkan jaminan.

Majistret Marilyn menetapkan 6 April sebagai tarikh sebutan seterusnya sementara menunggu laporan kimia.

Khoo diperintahkan untuk ditahan reman lanjut.

RELATED ARTICLES
Utama

Tarikh melihat anak bulan Ramadan 17 Februari ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular