HomeUtamaPatuhi arahan pihak berkuasa, utamakan keselamatan - Hajiji Noor

Patuhi arahan pihak berkuasa, utamakan keselamatan – Hajiji Noor

Read Time:55 Second

KOTA KINABALU : Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor merakamkan rasa simpati yang mendalam kepada semua mangsa yang terjejas banjir di negeri ini.

Beliau berkata, keselamatan rakyat adalah keutamaan Kerajaan Negeri dan semua agensi keselamatan serta jabatan berkaitan telah digerakkan bagi melaksanakan operasi pemindahan, penyelamatan serta penyaluran bantuan kepada penduduk di kawasan terjejas. 

Menurutnya lagi. Kerajaan Negeri juga sedang dan akan terus memantau keadaan semasa bagi memastikan bantuan disampaikan dengan cepat dan berkesan.

“Saya merayu kepada semua penduduk di kawasan-kawasan yang dilanda banjir di Kota Marudu, Pitas, Paitan dan Sandakan serta kawasan berhampiran supaya sentiasa berwaspada, mematuhi arahan pihak berkuasa dan mengutamakan keselamatan diri serta keluarga. 

” Jangan sesekali mengambil sebarang risiko. Dalam bulan Ramadan yang penuh rahmat ini, marilah kita saling mendoakan dan menghulurkan bantuan mengikut kemampuan masing-masing. 

“Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan, ketabahan dan perlindungan kepada semua yang sedang diuji,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya di sini pada Jumaat.

Sehingga jam 12 tengah hari tadi, seramai 336 orang daripada 111 keluarga dilaporkan terjejas banjir di dua daerah di Sabah dan dipindahkan ke lima Pusat Penempatan Sementara (PPS).

RELATED ARTICLES
Utama

Rompak guna pisau, lelaki dipenjara 6 tahun 1 sebatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular