HomeUtamaKampung Batu Puteh Terima Anugerah Kampung Pelancongan Terbaik Oleh UNWTO

Kampung Batu Puteh Terima Anugerah Kampung Pelancongan Terbaik Oleh UNWTO

Read Time:2 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU: Kampung Batu Puteh, Pelancongan Berasaskan Komuniti oleh Koperasi Pelancongan Komuniti Batu Puteh, KOPEL Bhd., telah diiktiraf sebagai salah sebuah Kampung Pelancongan Terbaik oleh United Nation World Tourism Organization (UNWTO) pada inisiatif edisi pertama ini.

Kekayaan budaya dan semulajadi serta komitmennya terhadap kelestarian dalam tiga terasnya, Kampung Batu Puteh telah dipilih daripada lebih 170 permohonan dari 75 negara, satu demonstrasi yang jelas tentang nilai dan tindakan cemerlangnya ke arah pembangunan pelancongan luar bandar.

Permohonan secara eksklusif dibentangkan secara dalam talian oleh Negara Anggota UNWTO, Malaysia sebagai salah satu ahlinya. Keperluan permohonan termasuk kepadatan penduduk adalah rendah dan maksimum 15,000 penduduk. Terletak dalam landskap dengan menjalankan aktiviti tradisional yang penting seperti pertanian, perhutanan, penternakan dan/atau perikanan, dan perkongsian nilai dan gaya hidup masyarakat.

Justeru itu, Kampung Batu Puteh telah dicalonkan oleh Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia untuk pengiktirafan ini.

Pelancongan Berasaskan Komuniti oleh KOPEL bermula pada tahun 2000 dengan pembukaan program inap desa (homestay) pertama Sabah Miso Walai Homestay. Di samping perkhidmatan bot kampung, perkhidmatan panduan, muzik kebudayaan dan program tarian, inisiatif pemuliharaan hutan KOPEL telah berkembang menjadi perusahaan sosial berskala sederhana yang menyokong pekerjaan, matlamat sosial dan alam sekitar serta komited untuk melindungi dan memulihkan ekosistem dan biodiversiti di Santuari Hidupan Liar Kinabatangan yang menjadikan Sabah begitu unik dan signifikan pada skala global.

“Pasukan KOPEL sangat gembira apabila mereka mendengar berita itu, ia adalah satu rangsangan besar mengembalikan semangat selepas 18 bulan kerugian akibat pandemik dan sifar pendapatan pelancongan antarabangsa. Kami lebih teruja apabila mendapat tajaan untuk menghadiri majlis anugerah bersama Kementerian Pelancongan.

“KOPEL berharap pengiktirafan ini membantu mempromosikan pelancongan berasaskan luar bandar dan komuniti di Malaysia dan membantu membawa pulang pelancong antarabangsa terutamanya ke Sabah dan Wilayah Kinabatangan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif KOPEL Bhd. Martin Vogel.

“Anugerah ini memantapkan usaha yang dilakukan oleh masyarakat Batu Puteh dan menjadi motivasi besar bagi mereka untuk meneruskan usaha baik mereka dalam kelestarian,” komen Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffn.

“Saya sedar Pelancongan Luar Bandar bukanlah satu segmen khusus baharu untuk pelancongan di Sabah. Namun, melihat kepentingan untuk terus mengembangkan dan menyokong pemain industri tersebut, Pelancongan Sabah telah mengambil inisiatif untuk memperkasakan usaha promosi sejak 2014. Ini menyebabkan Kadamaian menerima Anugerah Pelancongan Berasaskan Komuniti Asean pada 2019 dan juga Majlis Pelancongan yang dimulakan di setiap daerah untuk membantu usaha itu,” tambahnya.

Pengerusi KOPEL Abd Sanih Nasri, Timbalan Pengerusi Mohamad Juhari Kadir dan Pengurus Pemuliharaan KOPEL Bhd Saidal Udin, sebahagiannya ditaja oleh Lembaga Pelancongan Sabah untuk hadir di Madrid untuk menerima anugerah Kampung Pelancongan Terbaik, yang telah diadakan semasa Perhimpunan Agung UNWTO ke-24 pada 2 Disember 2021 di Pusat Persidangan Auditorium Marriott di Madrid, Sepanyol.

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular