HomeUtama1,000 jemaah sertai tadarus dan khatam Al-Quran

1,000 jemaah sertai tadarus dan khatam Al-Quran

Read Time:1 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU: Seramai 1,000 jemaah menyertai program tadarus dan khatam Al-Quran sempena Majlis Istiqbal Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri Sabah di Masjid Negeri Sabah di sini.

Para jemaah terdiri daripada pegawai awam persekutuan dan negeri, pelajar tahfiz, pelajar sekolah agama serta ahli jawatankuasa masjid dari sekitar Kota Kinabalu.

Bermula selepas solat Asar, para peserta menghabiskan 30 juzuk Al-Quran mengikut agihan sebelum Imam Masjid Negeri Sabah, Suhaidi Kuanting, membacakan doa khatam Al-Quran sebagai penutup.

Tun Musa (tiga dari kiri) menyerahkan sumbangan kepada penerima.

Dalam majlis sama, Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman bersama isteri, Toh Puan Faridah Tussin turut menyampaikan sumbangan wang tunai  daripada Pusat Zakat Sabah dan Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS) kepada 20 orang asnaf dari sekitar Kota Kinabalu.

Sejurus selepas itu, Tun Musa bersama jemaah menunaikan solat Maghrib, kemudiannya mendengar tazkirah khas yang disampaikan penceramah jemputan Ustaz Dasrizal M. Nainin bertajuk ‘Gema Wahyu Ilahi’ sebelum menunaikan solat Isyak dan solat sunat Tarawih yang diimamkan Suhaidi.

Suhaidi membaca doa khatam Quran sebagai penutup.

Hadir sama, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor; Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Kadzim M. Yahya; Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Masidi Manjun dan Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.

RELATED ARTICLES
Utama

Tiga maahad tahfiz dipilih laksana projek perintis tahfiz pertanian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular