HomeUtamaAmaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa daerah di Sabah

Amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa daerah di Sabah

Read Time:31 Second

KOTA KINABALU : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi beberapa kawasan di Sabah selama dua hari bermula esok.

MetMalaysia memaklumkan hujan berterusan dijangka berlaku di beberapa daerah di Sabah iaitu di Pantai Barat melibatkan Ranau.

“Turut dijangka berlaku di Tawau;Lahad Datu; Sandakan; Telupid, Kinabatangan dan Beluran serta Kudat dalam tempoh Selasa, 10 Mac 2026 sehingga Rabu, 11 Mac 2026,” menurut kenyataan itu di sini.

MET Malaysia menasihatkan orang awam agar sentiasa merujuk maklumat cuaca terkini dan sahih melalui laman web rasmi www.met.gov.my, media sosial rasmi jabatan itu serta aplikasi myCuaca. SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Lelaki didakwa amang seksual kanak-kanak 10 tahun

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular