HomeUtamaSabah Tubuh Jawatankuasa Teknikal Dapatkan Lebih Banyak Hasil Minyak & Gas

Sabah Tubuh Jawatankuasa Teknikal Dapatkan Lebih Banyak Hasil Minyak & Gas

Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan Sabah menubuhkan Jawatankuasa Teknikal bagi mendapatkan lebih banyak hasil dalam sektor minyak dan gas daripada PETRONAS.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, beliau sebelum ini telah bertemu secara peribadi dengan Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PETRONAS bagi membincangkan Perjanjian Kerjasama Komersial (CCA).

“Satu Jawatankuasa Teknikal yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Masidi Manjun (Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan) telah ditubuhkan bagi mengadakan rundingan seterusnya mendapatkan lebih banyak bahagian hasil dalam sektor minyak dan gas daripada PETRONAS.

“Sebelum ini saya telah bertemu secara peribadi dengan Presiden/CEO PETRONAS bagi membincangkan CCA dimana ia akan ditandatangani dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan sesi taklimat mengenai Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63) bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan Sabah, di Mini Auditorium, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, disini hari ini.

Hajiji berkata, melalui CCA, Sabah akan mempunyai perkongsian hasil dan penyertaan yang lebih besar dalal hal minyak dan gas Sabah.

Semalam, pada pembentangan Belanjawan Sabah 2022, Hajiji berkata, CCA telah berjaya dimuktamadkan di antara kerajaan Negeri, Persekutuan dan PETRONAS menerusi rundingan yang dilaksanakan.

Katanya, persefahaman dan persetujuan telah dicapai di antara kedua belah pihak sekali gus memastikan perjanjian CCA akan dapat ditandatangani dalam tempoh terdekat.

“Setelah sekian lama isu legasi berkaitan Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA 1974) mendasari isu berkaitan minyak dan gas kita, perjanjian ini akan membawa nilai dan makna yang lebih besar kepada Sabah.

“Sabah akan mendapatkan perkongsian hasil yang lebih besar (greater revenue sharing), penyertaan dan penguasaan yang lebih besar (greater participation and greater say) dalam hal berkaitan minyak dan gas,”katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

IKMa komited bimbing koperasi dalam penggunaan teknologi AI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular