HomeUtama100 asnaf terima sumbangan wakalah zakat Sabah Electricity di Putatan

100 asnaf terima sumbangan wakalah zakat Sabah Electricity di Putatan

Read Time:1 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU: Seramai 100 golongan asnaf di kawasan Putatan menerima sumbangan Wakalah Zakat daripada Sabah Electricity Sdn Bhd (Sabah Electricity) bagi membantu meringankan beban serta berkongsi rezeki sepanjang bulan Ramadan.

Saadiah, Mohd Yaakob dan Awang Ahmad Sah merakamkan gambar kenangan bersama para penerima Wakalah Zakat Sabah Electricity.

Penyerahan sumbangan itu disampaikan oleh Pengerusi Sabah Electricity, Saadiah Aziz pada Majlis Sesuci Budi Seikhlas Ramadan anjuran syarikat berkenaan di Masjid Nurul Ihsan, Putatan, pada Isnin.

Program tersebut diadakan sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat Sabah Electricity yang sentiasa prihatin terhadap keperluan masyarakat, khususnya dalam membantu golongan yang memerlukan.

Selain itu, sumbangan wakalah zakat turut disalurkan kepada Masjid Nurul Ihsan Kampung Ketiau, Surau Raudhatul Jannah PPR Sri Keramat dan Surau Darul Uluumil Quraniyyah Kampung Sindil.

Saadiah berkata, pihaknya berharap sumbangan berkenaan dapat memberi manfaat kepada para penerima di samping menyemarakkan semangat berkongsi rezeki dalam bulan yang penuh keberkatan.

“Semoga sumbangan ini dapat membantu meringankan beban penerima dan menjadi ibadah yang diberkati untuk kita semua,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Majlis tersebut turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas merangkap Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB), Datuk Awang Ahmad Sah Awang Sahari serta Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity, Datuk Ir Ts Mohd Yaakob Jaafar.

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah mahu kurangkan kebergantungan sumber tenaga konvensional

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular