HomeUtamaUtamakan keselamatan ketika pulang berhari raya - Naib Canselor UMS

Utamakan keselamatan ketika pulang berhari raya – Naib Canselor UMS

Read Time:59 Second

KOTA KINABALU : Seluruh warga Universiti Malaysia Sabah (UMS) termasuk kakitangan akademik, pentadbiran, dan para pelajar diingatkan agar sentiasa mengutamakan keselamatan di jalan raya sempena musim cuti Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr Kasim Mansor, menzahirkan keprihatinan beliau terhadap keselamatan warga universiti yang akan menempuh perjalanan jauh untuk pulang berhari raya di kampung halaman.

Beliau menasihatkan agar semua pihak mengambil langkah proaktif dalam merancang perjalanan masing-masing bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas dan keletihan melampau semasa memandu.

“Kepada warga UMS yang pulang ke kampung bersama keluarga tercinta, saya ingin ingatkan supaya berhati-hati di jalan raya dan sentiasa mengutamakan keselamatan. 

“Pastikan perjalanan dirancang dengan baik, kenderaan sentiasa berada dalam keadaan selamat dan sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas,” pesan beliau.

Dr Kasim turut menyampaikan pesanan bahawa kepatuhan terhadap peraturan lalu lintas dan penyelenggaraan kenderaan yang baik adalah kunci kepada perjalanan yang selamat.

“Keselamatan diri hendaklah menjadi keutamaan kita agar semua dapat menyambut Aidilfitri dengan penuh kegembiraan bersama keluarga tercinta.

“Pihak pengurusan UMS mendoakan agar seluruh warga universiti diberikan kelancaran dan keselamatan sepanjang perjalanan pergi dan balik, serta diharap dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri dalam suasana yang harmoni, meriah, dan selamat,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Penipuan dalam talian: Polis buka 290 kertas siasatan libatkan RM14.6 juta

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular