HomeUtamaTun Musa rai pemimpin setempat, keluarga terdekat sempena Aidilfitri

Tun Musa rai pemimpin setempat, keluarga terdekat sempena Aidilfitri

Read Time:34 Second

BEAUFORT : Kira-kira 200 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman, yang berlangsung di Kampung Bingkul, pada Isnin.

Ketibaan Tun Musa sekitar jam 11.30 pagi disambut oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Isnin Aliasnih.

Majlis yang diadakan bermula jam 11 pagi hingga 2 petang itu berlangsung dalam suasana sederhana namun meriah, dengan kehadiran pemimpin setempat, ahli keluarga serta sahabat handai.

Turut hadir ialah Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah,Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif; Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Ruslan Muharam; Pembantu Menteri Kerja Raya dan Utiliti, Datuk Limus Jury; serta Pegawai Daerah Beaufort, Mohd Nazri Ajun.

RELATED ARTICLES
Utama

Masidi hadiri Rumah Terbuka Pesuruhjaya Polis Sabah di Ranau

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular