HomeUtamaBeroperasi tanpa lesen, penjaga premis didenda RM4,500

Beroperasi tanpa lesen, penjaga premis didenda RM4,500

Read Time:50 Second

KOTA KINABALU: Seorang penjaga premis dikenakan hukuman denda RM4,500 atau empat bulan penjara selepas mengaku bersalah menjalankan perniagaan pusat hiburan tanpa lesen.

Tertuduh, Goh Meng Ern, 38, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Dzul Elmy Yunus.

Mengikut kertas pertuduhan, Goh telah menjalankan perniagaan pusat hiburan tanpa lesen pada 24 Januari, kira-kira jam 3.30 pagi, di sebuah premis di Pavilion Bundusan, Penampang.

Dia didakwa di bawah Seksyen 3 Ordinan Hiburan Awam 1958 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11 ordinan yang sama, yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, sepasukan pegawai dan anggota polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik telah tiba di pusat hiburan tersebut dan mendapati muzik di dalam premis masih dimainkan dengan kuat.

Hasil siasatan lanjut mendapati premis tersebut beroperasi tanpa lesen.

Semasa rayuan, tertuduh melalui peguamnya memohon hukuman ringan tanpa pemenjaraan.

Pegawai pendakwa, Inspektor Mohamad Hamidi Mohamad Hamzah, memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh sebagai pengajaran.

RELATED ARTICLES
Utama

1,000 jemaah imarah majlis tahlil sempena Ulang Tahun Ke-75 TYT Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular