HomeUtama23 struktur haram diroboh dalam Ops Bersepadu di Sepanggar

23 struktur haram diroboh dalam Ops Bersepadu di Sepanggar

Read Time:1 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU: Sebanyak 23 struktur haram yang dibina di kawasan hutan berbukit berhampiran Taman Bukit Sepanggar dan Kampung Bandulan dirobohkan dalam satu operasi bersepadu oleh pihak berkuasa, baru-baru ini.

Operasi yang dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) itu dijalankan pada 1 Februari lalu susulan aduan orang awam mengenai kewujudan penempatan setinggan menggunakan kem terpal di kawasan berkenaan.

DBKK dalam satu kenyataan memaklumkan, operasi bermula kira-kira jam 1.45 petang melibatkan 11 anggota DBKK yang diketuai Pengarah Jabatan Penguatkuasaan. 

Menurut DBKK, operasi itu turut mendapat kerjasama enam anggota Polis Diraja Malaysia dari Balai Polis Manggatal dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), diketuai Sarjan Teddy.

Hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 23 struktur sementara dibina menggunakan kanvas dan kayu di kawasan berbukit serta curam. 

Lokasi itu dipercayai dijadikan tempat persembunyian bagi mengelak tindakan penguatkuasaan terhadap pendatang asing tanpa izin (PATI).

Pemeriksaan lanjut turut mendapati kawasan berkenaan tidak mempunyai kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik. 

Selain itu, keadaan persekitaran juga tidak terurus serta berisiko dari segi keselamatan dan kebersihan.

Sehubungan itu, DBKK bersama PDRM mengambil tindakan meroboh dan mengalihkan semua struktur haram terbabit.

Dalam operasi sama, seorang lelaki dewasa turut ditahan oleh pihak polis bagi membantu siasatan lanjut.

Operasi berakhir sekitar jam 6 petang dalam keadaan terkawal tanpa sebarang insiden tidak diingini.

RELATED ARTICLES
Utama

Gaduh-gempar di tempat awam, tiga promoter pelancongan didenda RM1,000

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular