HomeUtamaSegera naik taraf jalan ke Pekan Beluran - Samad

Segera naik taraf jalan ke Pekan Beluran – Samad

Read Time:59 Second

BELURAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labuk Datuk Samad Jambri menggesa agar jalan dari simpang Beluran ke Pekan Beluran dinaik taraf segera susulan keadaan jalan itu kini uzur dan berisiko kepada pengguna.

Beliau berkata, pihaknya menerima banyak rungutan daripada masyarakat berkaitan keadaan jalan tersebut yang kini sangat tidak selesa dan berisiko kepada pengguna.

“Jalan ke Pekan Beluran merupakan antara laluan utama, namun keadaannya kini sangat tidak selesa untuk dilalui dan sering menjadi keluhan pengguna.

“Sudah sampai masanya sama ada Kementerian Kerja Raya atau melalui Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah serta Jabatan Kerja Raya Persekutuan mengambil tindakan terhadap keperluan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Majlis Penutupan Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah Sabah (MSSS) Peringkat Negeri Sabah, di sini.

Menurutnya, sebagai wakil rakyat di kawasan itu, beliau turut merasai sendiri keadaan jalan yang semakin merosot.

“Keadaan jalan ini sangat kritikal dan memerlukan pembaikan atau penaiktarafan segera kerana kerosakannya agak teruk.

“Kita perlu ambil tindakan secepat mungkin demi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna,” katanya.

Jalan sepanjang 27.22 kilometer itu merupakan laluan negeri yang menghubungkan Lebuhraya Pan Borneo ke Pekan Beluran dan kini mengalami kerosakan ketara sehingga memaksa pengguna memandu dengan lebih berhati-hati.

RELATED ARTICLES
Utama

Cadangan projek kereta kabel Kinabalu perlu patuhi prinsip pembangunan mampan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular