HomeUtamaOps Tiris 4.0: Warga emas miliki 2,600 liter minyak tanpa permit sah...

Ops Tiris 4.0: Warga emas miliki 2,600 liter minyak tanpa permit sah ditahan

Read Time:1 Minute, 13 Second

KUDAT: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Kudat merampas 2,600 liter petrol yang dipercayai diseleweng dalam satu operasi bersepadu di Kampung Pagasaon, Pitas, semalam.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah KPDN Kudat, Nazatul Shima Karim berkata, dalam serbuan bersama Pasukan Polis Marin Wilayah Empat, Polis Diraja Malaysia (PDRM), seorang lelaki tempatan berusia 76 tahun ditahan kerana disyaki memiliki barang kawalan tersebut tanpa sebarang kebenaran yang sah.

Menurutnya, minyak petrol tersebut disimpan di dalam 13 tong drum yang diletakkan di bahagian belakang sebuah struktur bangunan dan ditutup dengan kanvas dalam keadaan yang mencurigakan.

“Kes ini disiasat di bawah Peraturan 3(1), Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974, iaitu kesalahan berurusan dengan barang kawalan tanpa lesen atau kebenaran yang sah,” katanya dalam satu kenyataan media.

Nazatul berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti penyelewengan barang kawalan, khususnya bahan api yang memberi kesan langsung kepada ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat.

“Tindakan penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan secara berterusan dan lebih agresif, terutamanya di kawasan yang dikenal pasti sebagai lokasi berisiko tinggi berlakunya aktiviti penyeludupan dan penyelewengan bahan api,” katanya.

Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pasukan Polis Marin Wilayah Empat Kudat atas kerjasama strategik yang diberikan dalam menjayakan operasi ini, termasuk dari aspek keselamatan anggota, sokongan logistik serta bantuan operasi di lapangan.

KPDN Cawangan Kudat juga mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyelewengan barang kawalan atau salah laku peniaga melalui saluran rasmi KPDN.

RELATED ARTICLES
Utama

Pesta Sutati 2026 perkukuh budaya, tarikan pelancong – Joachim

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular