HomeUtamaKes wanita dikerat: Tertuduh dirujuk ke Hospital Mesra Bukit Padang

Kes wanita dikerat: Tertuduh dirujuk ke Hospital Mesra Bukit Padang

Read Time:1 Minute, 30 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga emas dalam kes pembunuhan wanita yang mayatnya ditemukan dalam keadaan dikerat di Indah Permai, Sepanggar, diperintahkan menjalani pemerhatian mental di Hospital Mesra Bukit Padang selama 30 hari.

Majistret Dzul Elmy Yunus membuat perintah itu ke atas Piluta Samad, 71, selepas membenarkan permohonan oleh pasukan guamannya yang diketuai peguam Datuk Ram Singh ketika kes disebut semula hari ini.

Permohonan itu dibuat mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.

Ram memberitahu mahkamah bahawa beliau telah menemu bual Piluta dan, berdasarkan pemerhatian, mendapati daripada percakapan dan tingkah lakunya, terdapat keperluan untuk merujuk tertuduh ke Hospital Mesra bagi pemerhatian pakar selama 30 hari dan, jika perlu, dilanjutkan lagi 30 hari.

Peguam Joan Goh, Ian Vun dan Prem Elmer Ganasan turut mewakili tertuduh.

Timbalan Pendakwa raya, Kareena Kaur Gill Karamjit Singh, memaklumkan mahkamah bahawa pihaknya masih menunggu dua laporan pakar iaitu laporan ahli kimia dan laporan bedah siasat, serta meminta masa sebulan sementara menunggu laporan berkenaan.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh sebutan semula pada 15 Mei 2026, dan Piluta akan kekal ditahan sementara menunggu pelupusan kes.

Piluta didakwa membunuh bekas tunangnya Hamidah Husin @Lisa, 44, pada 11 Februari 2026, di antara jam 6 petang hingga 7 malam, di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Sri Kenangan, Jalan Sepanggar.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun. Sekiranya, tidak dijatuhkan hukuman mati, tertuduh boleh dikenakan sebatan tidak kurang daripada 12 kali bagi banduan lelaki berumur bawah 50 tahun, jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh Piluta Samad ketika pendakwaan dibuat pada 27 Februari lalu. Pengakuan tertuduh hanya akan direkodkan di Mahkamah Tinggi selepas kes dipindahkan ke sana.

LINK BERITA TERDAHULU:
https://sabahmedia.com/2026/02/27/kes-wanita-dikerat-lelaki-71-tahun-didakwa-membunuh/

RELATED ARTICLES
Utama

Gong Xi Raya perkukuh semangat perpaduan, kekeluargaan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular