HomeUtama31 PATI ditahan dalam operasi JIM di Kundasang

31 PATI ditahan dalam operasi JIM di Kundasang

Read Time:53 Second

KUNDASANG : Seramai 31 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) berjaya ditahan dalam satu operasi yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah di sini.

Operasi yang dijalankan di empat lokasi sekitar Kundasang itu turut dibantu Jabatan Sukarelawan Malaysia Pejabat RELA daerah Ranau.

JIM Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, semua individu yang ditahan disyaki dengan munasabah telah melanggar atau melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) & Seksyen 36 Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

“Dalam operasi itu, seramai 78 orang telah diperiksa dan seramai 31 orang PATI ditangkap dan ditahan.

“Mereka terdiri daripada 16 orang lelaki dewasa dan 10 orang perempuan dewasa, kanak-kanak lelaki (03), kanak – kanak perempuan (02).  Kesemua adalah warganegara asing tersebut terdiri daripada warganegara Indonesia dan Filipina,” menurut kenyataan itu di sini pada Rabu.

JIM Sabah menegaskan bahawa tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana individu atau pihak yang melindungi atau menggaji PATI.

Masyarakat turut diseru untuk bekerjasama menyalurkan maklumat berkaitan kehadiran warga asing tanpa izin di kawasan mereka. – SABAH MEDIA / FOTO JIM SABAH

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup barang kawalan gagal, lelaki berusia 45 tahun ditahan di...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular