Kota Kinabalu : Satu kawasan di Sabah iaitu Kimanis mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat sejak pagi tadi dipercayai berpunca daripada aktiviti pembakaran terbuka di beberapa kawasan.
IPU tertinggi dicatat di kawasan Kimanis iaitu 124 dan Sepanggar (Politeknik Kota Kinabalu) mencatat bacaan sederhana dengan bacaan 90.
Selain itu, beberapa kawasan lain seperti Kota Kinabalu yang mencatat bacaan 70 dan Labuan (65).
Manakala Keningau, Tawau dan Sandakan mencatat bacaan 62 yang turut dikategorikan sebagai sederhana setakat jam 12 tengah hari tadi.
Kebakaran terbuka membabitkan kawasan lalang, belukar dan hutan dikenal pasti antara punca peningkatan bacaan udara. – SABAH MEDIA



