HomeUtamaYTL AI Labs lancar ILMU Claw, perkasa pembangunan ejen AI tempatan

YTL AI Labs lancar ILMU Claw, perkasa pembangunan ejen AI tempatan

Read Time:1 Minute, 36 Second

KUALA LUMPUR, — YTL AI Labs hari ini melancarkan ILMU Claw, satu platform baharu yang membolehkan pengguna, pembangun dan perusahaan di Malaysia membina ejen kecerdasan buatan (AI) autonomi sepenuhnya dihoskan dalam infrastruktur tempatan menerusi YTL AI Cloud.  

Pelancaran ini hadir ketika teknologi ejen AI menjadi antara perkembangan utama global pada tahun 2026, dengan peningkatan pesat perisian berasaskan agen yang memudahkan pembangunan aplikasi pintar tanpa memerlukan kemahiran pengaturcaraan yang kompleks.  

ILMU Claw direka untuk berfungsi secara lancar bersama projek sumber terbuka OpenClaw, sekali gus membolehkan pengguna membina ejen AI hanya melalui arahan bahasa semula jadi.

Melalui platform ini, pengguna harian boleh membina ejen untuk merancang perjalanan, mengurus emel dan menyusun jadual, manakala syarikat boleh menggunakannya bagi khidmat pelanggan, automasi operasi serta penambahbaikan aliran kerja.  

Platform ini dikuasakan oleh model ILMU-Nemo-Nano yang dibangunkan dengan kerjasama NVIDIA, menawarkan keupayaan pembinaan ejen AI yang lebih mudah diakses sambil memenuhi keperluan perusahaan termasuk aspek keselamatan, privasi dan kawalan dasar.

 

Ketua Pegawai Eksekutif YTL AI Labs, Foong Chee Mun berkata pelancaran ILMU Claw membuka peluang kepada pembangun tempatan untuk mengakses keupayaan AI bertaraf dunia tanpa bergantung kepada infrastruktur luar negara.

“Kami teruja untuk terus menyediakan keupayaan AI bertaraf dunia kepada pembangun Malaysia di tanah air sendiri. ILMU Claw menjadi titik permulaan untuk rakyat Malaysia membina inovasi dengan lebih pantas,” katanya.  

Menurut beliau, sebelum ini banyak organisasi terpaksa memproses data sensitif melalui infrastruktur luar negara bagi mendapatkan keupayaan AI lanjutan, namun ILMU Claw kini menyediakan alternatif tempatan yang lebih selamat dan berdaulat.  

Sebagai sebahagian daripada pelancaran, YTL AI Labs turut akan menyokong ekosistem pembangun tempatan dengan menaja acara “OpenClaw KL: Build With OpenClaw” yang dijadual berlangsung di Kuala Lumpur pada 24 April ini.  

ILMU Claw turut menawarkan beberapa pelan langganan termasuk pelan percuma, Starter dan Pro, bagi memenuhi keperluan pelbagai peringkat pengguna daripada individu hingga perusahaan.  

RELATED ARTICLES
Utama

KKM gerakkan pasukan kesihatan sokong mangsa kebakaran di Sandakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular