HomeUtamaSyarikat dikompaun RM105,000 lindungi 21 PATI

Syarikat dikompaun RM105,000 lindungi 21 PATI

Read Time:51 Second

RANAU: Sebuah syarikat dikenakan kompaun RM105,000 kerana melindungi 21 pendatang asing tanpa izin (PATI) di premis bawah kawalannya.

Menurut kenyataan Jabatan Imigresen Negeri Sabah, kompaun dikeluarkan atau ditawarkan setelah mendapat persetujuan daripada Timbalan Pendakwan Raya selaras dengan Seksyen 58A Akta Imigresen 1959/63.

“Kompaun sebanyak RM5,000 dikenakan bagi setiap pendatang asing tanpa izin (PATI)/warganegara asing/imigran haram yang dilindungi dan pihak syarikat tekah mebayar kompaun yang dikenakan,” menurut kenyataan itu pada Rabu.

Tambah kenyataan itu lagi, syarikat tersebut juga diberikan  Notis Amaran Jabatan (NAJ) agar tidak mengulangi kesalahan atau bertindak bertentangan di bawah Akta Imigresen 1959/63 pada masa akan datang

Dalam pada itu, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah menegaskan bahawa tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana individu atau pihak yang melindungi atau menggaji PATI.

Melindungi PATI adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63.

Jabatan itu turut menyeru kerjasama orang awam untuk menyalurkan maklumat berkaitan kehadiran warga asing tanpa izin di kawasan masing-masing.

RELATED ARTICLES
Utama

Keluarga rayu bantuan kesan wanita hilang di Papar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular