HomeUtamaKPDN Semporna terima kes rampasan 680kg minyak masak paket

KPDN Semporna terima kes rampasan 680kg minyak masak paket

Read Time:1 Minute, 0 Second

SEMPORNA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Semporna menerima satu kes serahan melibatkan rampasan barang kawalan iaitu 680 kilogram minyak masak paket.

Kes berkenaan diserahkan oleh Batalion N22 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kunak, dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM1,700.

KPDN Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan kes tersebut melibatkan seorang wanita warga asing yang ditahan di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Batu, Semporna.

“Hasil pemeriksaan menemukan sebanyak 680 kilogram minyak masak paket bersamaan 40 kotak yang disimpan di premis tidak berlesen dan tidak dibenarkan oleh Pengawal Bekalan. Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM1,700,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, KPDN Semporna membuka satu kertas siasatan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 bagi tindakan lanjut.

KPDN turut memberikan amaran keras terhadap mana-mana individu atau syarikat agar sentiasa mematuhi perundangan yang ditetapkan.

“Mana-mana pihak yang melakukan kesalahan boleh diambil tindakan di bawah akta ini. Jika disabitkan, boleh didenda sehingga RM1 juta bagi kesalahan pertama dan sehingga RM3 juta bagi kesalahan berikutnya bagi individu, atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Bagi syarikat, denda boleh mencecah RM2 juta bagi kesalahan pertama dan sehingga RM5 juta bagi kesalahan berikutnya,” tambah kenyataan itu.

RELATED ARTICLES
Utama

PETRONAS salur bantuan kepada mangsa kebakaran di Sandakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular