HomeUtamaPemandu maut, dua cedera selepas pacuan empat roda terbabas

Pemandu maut, dua cedera selepas pacuan empat roda terbabas

Read Time:1 Minute, 16 Second

TENOM: Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terbabas sendiri dalam kejadian di Kilometer 7 Jalan Tenom–Enubai berhampiran Kampung Sri Meranti, di sini, malam Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.20 malam itu, mangsa dikenali sebagai Victor Chung Yin Tat, 41, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Tenom, Superintendan Azmir Abd Razak berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan itu sekitar jam 10 malam menerusi panggilan MERS999 sebelum sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi.

“Siasatan awal mendapati kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dipandu mangsa bersama dua penumpang, termasuk isterinya.

“Ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan dari arah Kampung Binsilon menuju ke Pekan Tenom sebelum dipercayai hilang kawalan akibat keadaan jalan licin dan cuaca hujan lebat,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurutnya, kenderaan tersebut kemudian terbabas ke bahu kiri jalan sebelum terbalik.

Akibat kemalangan itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Tenom.

“Sementara itu, isterinya yang berusia 37 tahun mengalami kecederaan pada badan serta patah tulang rusuk kiri, manakala seorang lagi penumpang lelaki berusia 28 tahun cedera di bahagian kepala.

“Kedua-dua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Tenom untuk rawatan lanjut,” katanya.

Azmir berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Tenom sebelum dibawa ke Hospital Keningau untuk proses bedah siasat.

“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berpunca daripada kecuaian pemandu yang hilang kawalan kenderaan,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan.

RELATED ARTICLES
Utama

Ini Reaksi Trump Selepas Insiden Tembakan Di Majlis Yang Dihadirinya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular