HomeUtamaDUN Sabah : Kerajaan Terbuka Terokai Potensi Penggunaan Herba

DUN Sabah : Kerajaan Terbuka Terokai Potensi Penggunaan Herba

Read Time:55 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan sentiasa terbuka dalam menerokai potensi penggunaan herba untuk indikasi terapeutik termasuk dalam mencegah dan merawat penyakit.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, namun ia perlulah mematuhi standard dan peraturan antarabangsa yang ditetapkan dari segi aspek kualiti, efikasi dan keselamatan.

“Berhubung dengan kajian tentang perubatan herba, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memang giat mengkaji dan membangunkan industri herba untuk tujuan perubatan.

“Agensi KKM seperti Institusi Penyelidikan Perubatan menjalankan kajian bagi memastikan ubat-ubatan berasaskan herba adalah berkesan dan selamat untuk digunakan oleh pesakit-pesakit berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi penggulungan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah disini hari ini.

Shahelmey berkata, Hydroxycloroquine (HCQ) dan Ivermectin bukanlah produk herba tetapi ianya adalah ubat tersenarai dalam penggunaan racun.

Katanya, pada masa ini polisi Kerajaan tidak membenarkan penggunaan HCQ dan Ivermectin untuk tujuan perubatan.

“Berhubung dengan pengambilan vaksin pada masa ini ianya adalah satu polisi yang ditetapkan oleh Kerajaan untuk meminimakan kesan jangkitan COVID-19 kepada rakyat.

“Kementerian saya prihatin tentang hak seseorang individu akan tetapi kepentingan dan keselamatan masyarakat adalah menjadi keutamaan Kerajaan dalam menjaga kesejahteraan rakyat,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia diarah memulakan tugas serta-merta –...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya