HomeSukanDUN Sabah : KBS Tubuh Pusat Sains Sukan Sabah

DUN Sabah : KBS Tubuh Pusat Sains Sukan Sabah

Read Time:1 Minute, 49 Second

KOTA KINABALU : Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Sabah mengambil inisiatif menubuhkan Pusat Sains Sukan (PSS) Sabah bagi membolehkan teknologi dan elemen-elemen Sains Sukan dapat diaplikasikan secara menyeluruh.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata, pusat ini akan bekerjasama dan menjadikan Institut Sukan Negara Malaysia dan Fakulti Sains Sukan, Universiti Malaysia Sabah (UMS) selaku pakar rujuk kepada perkhidmatan dan penyediaan kemudahan Sains Sukan yang akan diberikan.

Katanya, PSS Sabah ini diilhamkan setelah Pusat Satelit, Institut Sukan Negara Cawangan Sabah ditutup sepenuhnya pada 1 Januari 2019.

“KBS melalui Majlis Sukan Negeri Sabah telah menyerap beberapa pegawai yang mempunyai kepakaran dalam bidang Psikologi Sukan, Pemakanan Sukan, Fisiologi Senam dan Suaian Fizikal untuk membantu program pembangunan sukan Negeri Sabah.

“PSS Sabah ini akan menyediakan kelengkapan Penilaian Prestasi atlet secara Spesifik untuk menilai tahap prestasi semasa atlet yang meliputi semua aspek Sains Sukan.

“Pusat ini dalam rangka menyediakan Mini Lab Sains Sukan, iaitu menyediakan kemudahan dengan Teknologi terkini bagi mengukur dan menilai prestasi semasa atlet seperti Komposisi Badan, kadar jumlah Oksigen dalam badan dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi penggulungan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah disini hari ini.

Ellron berkata, pusat ini juga akan membangunkan Gym Sukan Prestasi Tinggi dengan menyediakan peralatan latihan Gym yang lengkap dan lebih spesifik untuk membantu sesi latihan dan meningkatkan prestasi atlet ke tahap maksima.

Katanya, untuk tujuan tersebut, pada suku terakhir tahun 2021, KBS Sabah telah memperuntukan RM 267,350.00 untuk pembelian peralatan penilaian Sains Sukan.

“Manakala bagi tahun 2022, Majlis Sukan Negeri Sabah mencadangkan peruntukan sebanyak RM 500,000 untuk pusat Sains Sukan Sabah ini.

“Oleh yang demikian, peruntukan tambahan sebanyak RM1,000,000 diperlukan bagi membangunkan Mini Lab dan High Performanace Gym, ini adalah untuk menyediakan kemudahan yang minima serta melaksana program High Talent Identification demi pembangunan sukan Negeri Sabah dan melahirkan atlet yang berkualiti,” katanya.

Dalam pada itu, Ellron berkata, pusat ini kelak boleh menyediakan kelengkapan dan teknologi sains sukan kepada atlet negeri Sabah termasuk atlet Orang Kelainan Upaya (OKU).

Katanya, di antara perkhidmatan yang tersedia meliputi Perkhidmatan Psikologi Sukan, Pemakanan Sukan, Suaian Fizikal, Fisiologi Senam, Penilaian Sukan Spesifik, Kecederaan dan Pemulihan serta Program Perkhidmatan Perancangan dan Pemantauan Jurulatih dan Atlet.

RELATED ARTICLES
Sukan

Kejohanan Piala SMJ uji kekuatan Sabah FC

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya