HomeUtamaDUN Sabah : KPDNHEP Siap Siaga Tangani Isu Kenaikan Harga

DUN Sabah : KPDNHEP Siap Siaga Tangani Isu Kenaikan Harga

Read Time:1 Minute, 35 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sentiasa siap siaga dalam menangani isu kenaikan harga barang dan akan terus mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang di bawah bidang kuasa KPDNHEP.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, KPDNHEP Sabah juga akan terus komited menggerakkan 220 Pegawai Penguatkuasa seluruh negeri.

Katanya, ia adalah bagi memastikan tidak berlakunya aktiviti pencatutan harga dan peniaga kekal menjalankan perniagaan mereka secara beretika.

“KPDNHEP akan terus menguatkuasakan peruntukan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 bagi memastikan kenaikan harga barangan disebabkan ketidakcukupan atau ketidakberadaan barangan dalam pasaran.

“Selain itu, KPDNHEP juga akan menguatkuasakan peruntukan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 bagi menangani aktiviti mengambil untung yang tidak munasabah.

“Di pihak pengguna pula, sekiranya berlaku pengenaan harga yang tidak munasabah, hak pengguna dibela di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi penggulungan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah disini hari ini.

Shahelmey berkata, seramai 85 Pegawai Pemantau Harga (PPH) secara harian digerakkan bagi memantau harga 480 item di 138 premis seluruh Sabah untuk memastikan pergerakan harga berlaku pada situasi yang munasabah.

Katanya, KPDNHEP akan memanjangkan tempoh dan memulakan pelaksanaan Skim Kawalan Harga Maksimum Musim Perayaan (SKHMP) lebih awal menjelang perayaan Krismas.

“KPDNHEP juga telah mewartakan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMMPKM) 2021 yang berkuatkuasa pada 7 Disember 2021 hingga 31 Disember 2021, berbanding hanya 10 hari bagi SHMMP Krismas pada tahun 2020.

“Sebanyak 12 jenis barangan telah diwartakan untuk dipatuhi oleh peniaga,” katanya.

Sementara itu, Shahelmey berkata, Program Jualan Keluarga Malaysia telah dimulakan di perkarangan Majlis Daerah Putatan pada 4 Disember lalu di mana jualan ini melibatkan barangan keperluan asas kepada pengguna dengan harga yang mampu milik.

Katanya, KPDNHEP telah mendapat kerjasama daripada Jabatan dan Agensi Kerajaan, antaranya FAMA, LKIM, KPD, selain pembekal utama lain.

“Sambutan daripada pengguna sangat menggalakkan dan rata-rata mereka sangat berpuashati dengan program ini,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

CIS serah zakat perniagaan RM100,000

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya