HomeUtamaDUN Sabah: Sabah perlu terajui agenda pemuliharaan hutan dan karbon - Arthur

DUN Sabah: Sabah perlu terajui agenda pemuliharaan hutan dan karbon – Arthur

Read Time:3 Minute, 12 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Sabah wajar menerajui agenda pemuliharaan hutan dan pengurusan karbon dengan memanfaatkan litupan hutan yang luas serta dasar negeri yang progresif.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup (PBRS-Sook), berkata beliau berbangga sebagai anak Sabah melihat negeri ini mengorak langkah dengan agenda alam sekitar yang berpandangan jauh di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Menurutnya, Malaysia mempunyai komitmen antarabangsa melalui Perjanjian Rio Earth 1992 yang menetapkan litupan hutan negara tidak boleh kurang daripada 50 peratus.

“Kalau kita lihat data hutan yang dibentangkan di peringkat antarabangsa, Semenanjung hanya 43.18 peratus sahaja, sudah gagal dan tidak memenuhi obligasi antarabangsa.

“Di Sarawak, litupan hutan masih 61.52 peratus, manakala Sabah 62.53 peratus, peratusan paling tinggi.

“Kitalah yang menyelamatkan Semenanjung. Kitalah yang menyumbang kepada litupan hutan,” katanya ketika sesi soal jawab pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini.

Arthur berkata pencapaian itu tidak akan wujud tanpa dasar dan perancangan baik kerajaan negeri serta peranan komuniti tempatan yang telah menjaga khazanah hutan sejak beberapa generasi.

“Kita kena akui, pencapaian ini tidak wujud tanpa komuniti tempatan dan orang kampung yang menjaga khazanah ini sejak dahulu. Sekarang kitalah yang menikmati hasilnya.

“Sekarang kita boleh monetise hutan melalui carbon credit. Jika kerajaan berpotensi memperoleh berbilion ringgit, bagaimana kita memastikan komuniti tempatan yang menjaga hutan ini sekian lama turut menerima pulangan yang adil supaya kehidupan mereka meningkat bersama masyarakat lain,” katanya.

Jadi, kita kena mengaku juga bahawa kesemua pencapaian ini tidak wujud jika tidak kerana komuniti tempatan,orang kampung yang telah menjaga aset kazanah ini sejak beberapa generasi yang lalu. Sekarang kitalah yang menikmati hasilnya.

“Sekarang kitab oleh ‘monetise’ hutan melalui carbon credit. Jika Kerajaan berpotensi memperoleh berbillion ringgit, bagaimana kita memastikan komuniti tempatan yang menjaga hutan ini sekian lama turut menerima pulangan yang adil supaya kehidupan mereka meningkat bersama masyarakat lain,” katanya.

Menjawab soalan itu, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Mandela Malakun berkata perkara tersebut telah diberi perhatian dalam Enakmen Perubahan Iklim dan Tadbir Urus Karbon 2025.

Katanya, Seksyen 22 Enakmen itu memperuntukkan keperluan penglibatan komuniti anak negeri dalam aktiviti karbon.

“Seksyen 22 memastikan projek karbon yang melibatkan kawasan anak negeri tidak boleh dilaksanakan tanpa rundingan, cadangan manfaat komuniti dan pertimbangan komuniti tempatan, termasuk komuniti adat.

“Perincian lanjut mengenai tatacara penglibatan, syarat kelulusan dan mekanisme pelaksanaan akan diperhalusi melalui peraturan di bawah enakmen ini,” katanya.

Sementara itu, Jeffrey Kitingan dalam soalan tambahan meminta penjelasan mengenai persediaan kerajaan negeri menghadapi kemungkinan fenomena super El Nino yang diramal melanda pertengahan tahun ini.

Menjawab soalan itu, wakil kerajaan berkata setiap tahun kerajaan negeri membuat persediaan menghadapi musim kemarau dengan jabatan dan kementerian berkaitan memantau keadaan serta mengadakan libat urus dengan jabatan dan komuniti yang terkesan sekiranya perlu.

Terdahulu, Arthur mengemukakan soalan mengenai status terkini pelaksanaan Majlis Tindakan Iklim Sabah (SCAC) sejak penubuhannya pada tahun 2024, termasuk struktur, peranan serta pelan tindakan yang telah dirangka bagi menangani isu perubahan iklim di Sabah.

Mandela berkata majlis itu telah melaksanakan dua kajian rintis iaitu Penilaian Kerentanan terhadap risiko akibat perubahan iklim dan Laporan Inventori Gas Rumah Kaca (GHG) Sabah 2024 mengesahkan status karbon negatif (net sink) bagi Sabah.
“Susulan pewartaan Enakmen Perubahan Iklim dan Tadbir Urus Karbon Sabah 2025, Kerajaan Negeri akan menubuhkan Pusat Pendaftaran dan Inventori Iklim Sabah (SaCRIC). Pusat ini akan dipertanggungjawabkan untuk menyelia penguatkuasaan enakmen tersebut bagi pihak Kerajaan Negeri,” katanya.

“Susulan pewartaan Enakmen Perubahan Iklim dan Tadbir Urus Karbon Sabah 2025, Kerajaan Negeri akan menubuhkan Pusat Pendaftaran dan Inventori Iklim Sabah (SaCRIC).

“Pusat ini akan bertanggungjawab menyelia penguatkuasaan enakmen berkenaan bagi pihak Kerajaan Negeri,” katanya.

Tambahnya lagi, SCAC memastikan segala dasar dan inisiatif negeri diselaraskan dengan agenda nasional melalui kerjasama rapat dengan National Designated Authority (NDA) yang akan ditetapkan, termasuk dalam aspek pelaporan, akses pembiayaan iklim serta pematuhan kepada komitmen Malaysia di bawah United Nations Framework Convention on Climate Change (UNFCCC) dan Perjanjian Paris.

RELATED ARTICLES
Utama

MPP hargai keprihatinan UMS bantu mahasiswa mangsa kebakaran Kg Bahagia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular