HomeUtamaDUN Sabah: Larangan ikan koi di Sabah tidak libatkan akuarium, kolam tertutup

DUN Sabah: Larangan ikan koi di Sabah tidak libatkan akuarium, kolam tertutup

Read Time:1 Minute, 24 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Larangan berkaitan ikan Koi dalam industri akuarium atau ornamental industries di negeri ini hanya melibatkan ikan Koi di sungai-sungai, kata Datuk Jamawi Jaafar.

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (MAFFI) Sabah itu berkata ikan Koi dan ikan emas yang diternak di akuarium serta kolam tertutup tidak termasuk dalam larangan tersebut.

Menurutnya, larangan berkenaan adalah untuk membendung penularan wabak daripada merebak ke kawasan yang lebih luas.

“Keputusan Kerajaan Negeri melalui MAFFI untuk melaksanakan larangan import ikan dari keluarga Cyprinidae merupakan langkah kawalan segera susulan pengesanan wabak Koi Herpesvirus (KHV), iaitu sejenis penyakit berjangkit yang sangat cepat merebak dan mempunyai kadar kematian tinggi dalam kalangan spesis ikan daripada keluarga Cyprinidae.

“Wabak ini telah memberi kesan ketara kepada sistem tagal dan biodiversiti sungai di Sabah, sekali gus menjejaskan sumber pendapatan komuniti setempat,” katanya dalam ucapan penggulungan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, di sini.

Mengenai ketiadaan sesi dialog dengan pihak berkepentingan, Jamawi berkata, Kerajaan mengutamakan tindakan pantas bagi membendung penularan wabak daripada merebak ke kawasan yang lebih luas.

“Walau bagaimanapun, Kementerian saya melalui Jabatan Perikanan Sabah sentiasa berhubung dengan pengusaha, komuniti tagal dan pemain industri.

“Jabatan Perikanan Sabah turut melaksanakan pemantauan lapangan yang berterusan dan tidak mengenepikan pandangan pihak yang berkepentingan.

“Sesi libat urus akan diadakan kelak bagi menilai impak pelaksanaan larangan ini,” katanya.

Untuk rekod, awal bulan ini, MAFFI mengarahkan penangkapan dan pemusnahan segera semua ikan koi dan spesies Cyprinidae yang bukan endemik kepada Sabah dari kawasan tagal atau pemeliharaan ikan dan sungai di Sabah.

Tindakan itu diambil selepas virus dibawa spesies ikan berkenaan, KHV disahkan sebagai punca utama kematian ikan pelian atau kelah yang dilaporkan di beberapa daerah di Sabah sejak 1 Ogos 2025.

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah Electricity hulur sumbangan mangsa kebakaran Kg Bahagia, Sandakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular