HomeUtamaPandikar Didakwa Bertindak Sendiri Keluar USNO Dari GRS

Pandikar Didakwa Bertindak Sendiri Keluar USNO Dari GRS

Read Time:1 Minute, 29 Second

KOTA KINABALU – Tindakan Pandikar Amin Mulia mengumumkan pengunduran USNO daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) didakwa dibuat secara bersendirian tanpa persetujuan kepimpinan tertinggi parti.

Memetik laporan , Timbalan presiden USNO Ibrahim Linggam menegaskan bahawa keputusan tersebut tidak melalui proses dalaman yang sewajarnya, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai kesahihan tindakan berkenaan.

Bagi kami, keputusan tersebut dibuat secara bersendirian oleh Presiden dan bukannya sebulat suara oleh AMT,” katanya dalam sidang media pada Isnin.

Menurut beliau, kehadiran majoriti AMT bersama 19 daripada 26 ketua bahagian dalam pertemuan hari ini menjadi bukti jelas bahawa sebahagian besar kepimpinan akar umbi masih mahu USNO kekal dalam GRS.

Malah, mereka turut menyatakan sokongan berterusan terhadap kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor.

Menurut beliau, sebarang keputusan besar melibatkan hala tuju parti, khususnya berkaitan keanggotaan dalam gabungan politik, sepatutnya dibincangkan dan diputuskan secara kolektif oleh kepimpinan parti menurut laporan itu.

Situasi itu turut mencetuskan ketegangan dalaman, apabila wujud perbezaan pendirian antara pimpinan utama parti berhubung kedudukan USNO dalam GRS.

Mengulas lanjut, Ibrahim menjelaskan bahawa setakat ini belum ada sebarang pengesahan rasmi daripada pihak GRS berhubung penerimaan keputusan pengunduran tersebut.

Katanya, proses keluar atau masuk gabungan politik bukanlah tindakan unilateral, sebaliknya perlu diputuskan secara sah melalui mekanisme gabungan.

“Setakat ini, belum ada secara rasmi penerimaan daripada AMT GRS. Perkara ini perlu dibuat dengan sempurna dan diputuskan oleh kepimpinan GRS sendiri,” jelasnya.

Dalam masa sama, beliau berkata kepimpinan negeri masih mengambil pendekatan berhati-hati dengan menghormati pengumuman Presiden, walaupun wujud perbezaan pandangan dalaman.

Ibrahim turut mendakwa satu notis mesyuarat AMT dijadualkan pada Rabu ini, dengan agenda penyusunan semula kepimpinan yang disifatkannya sebagai usaha untuk mengambil tindakan terhadap pemimpin yang tidak sehaluan dengan Presiden.

Bagaimanapun, beliau menegaskan sebarang tindakan disiplin atau pemecatan perlu mematuhi peruntukan Perlembagaan parti.

“Sebarang tindakan mesti dibuat mengikut lunas perlembagaan, bukan secara sewenang-wenangnya,” katanya.
.

RELATED ARTICLES
Utama

Pihak Berkuasa Digesa Percepat Kemas Kini Siasatan ‘Mafia Korporat’ – Gobind...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular