HomeEkonomiSabah perlu proaktif perkukuh produk pelancongan baharu - Masidi

Sabah perlu proaktif perkukuh produk pelancongan baharu – Masidi

Read Time:1 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU: Sabah perlu lebih proaktif dalam membangunkan produk pelancongan baharu dan unik bagi memastikan negeri ini kekal berdaya saing, khususnya dalam menghadapi kemunculan destinasi alternatif di rantau ini, kata Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun.

Beliau berkata, usaha itu penting bagi memastikan industri pelancongan negeri terus relevan dan mampu menarik kedatangan pelancong, sama ada dari dalam mahupun luar negara.

Dalam pada itu, Masidi mencadangkan agar Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Sabah dan Labuan bersama Lembaga Pelancongan Sabah (STB) mengambil pendekatan lebih strategik dalam menyesuaikan pemasaran pelancongan mengikut keadaan semasa.

Menurutnya, beberapa hotel di sekitar Kota Kinabalu kini terjejas secara langsung apabila kadar penginapan menunjukkan penurunan sejak kebelakangan ini.

Katanya, situasi itu dipercayai berpunca daripada ketidaktentuan global termasuk konflik di Timur Tengah, selain perubahan corak perjalanan pelancong yang kini beralih ke destinasi baharu seperti Vietnam.

Perkara itu turut dibangkitkan oleh Pengerusi MAH Sabah dan Labuan, Suresh Ramasamy, ketika mengadakan kunjungan hormat bersama rombongannya di pejabat beliau baru-baru ini.

Masidi menekankan keperluan memperkukuh promosi pelancongan domestik dengan memberi tumpuan kepada pasaran berpotensi tinggi seperti Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

Beliau berkata, terdapat potensi besar untuk menarik lebih ramai pelancong tempatan berpendapatan tinggi yang kebanyakannya tertumpu di kawasan berkenaan, sekali gus membantu merancakkan semula industri pelancongan negeri.

“Dengan strategi yang tepat dan penawaran produk yang segar, Sabah masih mempunyai kelebihan tersendiri untuk menarik pelancong, sama ada dari dalam mahupun luar negara,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah perkasa modal insan, fokus generasi muda luar bandar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular