HomeUtamaLelaki didenda RM4,000 miliki produk tidak berdaftar, kosmetik tanpa notifikasi

Lelaki didenda RM4,000 miliki produk tidak berdaftar, kosmetik tanpa notifikasi

Read Time:1 Minute, 11 Second

KOTA KINABALU: Seorang lelaki didenda RM4,000 atau lapan bulan penjara jika gagal membayar denda oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan memiliki produk tidak berdaftar dan kosmetik tanpa notifikasi.

Hakim Hurman Hussain menjatuhkan hukuman itu terhadap Shagul Hameed,49, selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan.

Bagi pertuduhan pertama, Shagul didenda RM2,000 atau penjara empat bulan kerana memiliki 12 jenis produk termasuk beberapa jenis minyak aromaterapi yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), untuk dijual kepada seorang lelaki di sebuah premis di Ranau pada 13 Jun 2024.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh turut didenda RM2,000 atau penjara empat bulan kerana memiliki 11 jenis kosmetik tanpa notifikasi termasuk produk mencerahkan kulit di lokasi serta tarikh yang sama.

Pertuduhan pertama dibuat mengikut Perenggan 7(1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 yang merupakan kesalahan di bawah Subperaturan 30(1) peraturan sama dan boleh dihukum mengikut Subseksyen 12(1) Akta Jualan Dadah 1952.

Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa mengikut Perenggan 18A(1) peraturan sama yang merupakan kesalahan di bawah Subperaturan 18A(15) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan boleh dihukum mengikut Subseksyen 12(1) Akta Jualan Dadah 1952.

Kedua-dua kesalahan itu memperuntukkan hukuman denda sehingga RM25,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pegawai pendakwa dari Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Angeline Francis William mengendalikan pendakwaan kes itu.

RELATED ARTICLES
Utama

Jual ubat tanpa preskripsi: Pengurus, ahli farmasi didenda

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular