HomeUtamaSEC, ASB sumbang RM200,000 bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia

SEC, ASB sumbang RM200,000 bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia

Read Time:55 Second

SANDAKAN: Sabah Energy Corporation Sdn Bhd (SEC) bersama anak syarikat milik penuhnya, Asian Supply Base Sdn Bhd (ASB), menyumbang sebanyak RM200,000 kepada Tabung Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah bagi membantu mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, di sini, baru-baru ini.

Sumbangan itu disampaikan Timbalan Pengerusi SEC, Datuk Hassan A Gani Pg Amir, diiringi Pengerusi ASB merangkap Ahli Parlimen Labuan, Datuk Indera Dr Suhaili Abdul Rahman kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Safar Untong dalam satu majlis di sini.

Majlis penyerahan berkenaan turut disaksikan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali; Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin; Timbalan Menteri Sumber Manusia merangkap Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Firdaus Akbar Khan; Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong serta Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Datuk Walter Kenson.

SEC dalam kenyataannya berkata, sebagai syarikat berkaitan kerajaan milik penuh Kerajaan Negeri Sabah, kumpulan syarikat itu bukan sahaja berperanan dalam pembangunan ekonomi negeri, malah turut komited terhadap kebajikan rakyat.

Menurutnya, sumbangan berkenaan diharap dapat membantu meringankan beban mangsa yang terjejas akibat kebakaran terbabit.

RELATED ARTICLES
Utama

JPNS sasar kekalkan momentum cemerlang pendidikan, bukti anak Sabah mampu bersaing...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular