HomeUtamaOps Tiris 4.0 : KPDN rampas lebih 8,000 liter diesel tanpa permit...

Ops Tiris 4.0 : KPDN rampas lebih 8,000 liter diesel tanpa permit di Tuaran

Read Time:1 Minute, 2 Second

TUARAN : Sebanyak 8,155 liter minyak diesel yang disyaki disimpan tanpa permit sah berjaya dirampas dalam satu serbuan di sebuah stor premis kuari di Kampung Kindu, Jalan Tuaran, di sini pada Jumaat.

Serbuan itu dilaksanakan menerusi Ops Tiris 4.0 (Bersepadu) hasil risikan selama tiga hari oleh sepasukan pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Tuaran.

Ketua Cawangan KPDN Tuaran Fredlee Sintau berkata, siasatan awal mendapati pihak premis gagal mengemukakan lesen atau permit sah bagi penyimpanan barang kawalan berjadual seperti diperuntukkan di bawah undang-undang.

“Hasil pemeriksaan lanjut telah menemukan barang kawalan disyaki minyak diesel sebanyak lebih kurang 8,155 liter di dalam sebuah skid tank dengan jumlah keseluruhan nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM54,093.10.

“Siasatan awal mendapati premis berkenaan gagal mengemukakan lesen atau permit sah bagi penyimpanan barang kawalan berjadual,”katanya dalam kenyataan di sini.

Berikutan itu, Fredlee berkata, seorang pekerja premis turut ditahan bagi membantu siasatan lanjut dan kes akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Beliau berkata, KPDN akan terus mempergiat pelaksanaan Ops Tiris 4.0 (Bersepadu) dalam membanteras sebarang aktiviti penyelewengan barang kawalan.

Menurutnya ia adalah bagi memastikan tindakan tegas diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

RELATED ARTICLES
Utama

Ops Tiris 4.0 : KPDN Semporna terima rampasan 7,850 liter petrol

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular