HomeUtamaPM Anwar adakan lawatan kerja ke Pulau Banggi

PM Anwar adakan lawatan kerja ke Pulau Banggi

Read Time:1 Minute, 1 Second

KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijadual mengadakan lawatan kerja ke Pulau Banggi, Kudat, pada Sabtu.

Beliau yang tiba dengan pesawat khas di Terminal Dua, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) kira-kira jam 11.15 malam itu dijadual akan menghadiri dua program di pulau berkenaan.

Antaranya ialah sesi lawatan ke Pos Dogotan sebaik tiba di Pulau Banggi dengan helikopter khas kira-kira jam 9.20 pagi.

Terdahulu, Perdana Menteri dijadual berlepas ke Pulau Banggi dari Terminal Dua KKIA pada jam 8.20 pagi.

Selesai lawatan di Pos Dogotan, Anwar dijadual menghadiri program kedua iaitu Majlis Ramah Mesra YAB Perdana Menteri Bersama Masyarakat Setempat Pulau Banggi di Dewan Terbuka Pekan Baru Banggi pada jam 11 pagi.

Sebelum itu, Perdana Menteri turut melawat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Banggi setibanya dari Pos Dogotan dengan helikopter khas di padang sekolah berkenaan pada jam 10.30 pagi.

Program di Pulau Banggi dijadual selesai pada jam 12.30 tengah hari sebelum Perdana Menteri berlepas balik ke Terminal Dua KKIA dan dijangka tiba pada jam 1.35 tengah hari.

Sejurus selepas itu, Perdana Menteri dijadual berlepas pulang ke ibu negara dengan pesawat khas dan dijadual tiba di Pangkalan Udara TUDM Subang pada jam 4.05 petang.- FOTO JAPEN

RELATED ARTICLES
Utama

JKKK perlu lebih aktif turun padang, fahami keperluan masyarakat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular