HomeUtamaTun Musa terima kunjungan Tengku Mahkota Pahang

Tun Musa terima kunjungan Tengku Mahkota Pahang

Read Time:50 Second

KOTA KINABALU : Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengunjungi Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, di sini pada Isnin.

Dalam kunjungan tersebut, Tengku Hassanal sempat bertukar-tukar idea dan pandangan bersama Tun Musa sebelum memulakan Ekspedisi Mahkota Borneo yang bermula hari ini sehingga Rabu.

Baginda kemudian dijadual berangkat ke Kundasang dari Kota Kinabalu pada sekitar jam 3 petang tadi.

Dalam pada itu, Tengku Hassanal dijadual akan menawan Gunung Kinabalu pada hari kedua ekspedisi dengan diiringi anggota Pasukan Khas Tentera Udara Diraja Malaysia (PASKAU) serta pengiring rapat daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Tengku Hassanal turut mengalu-alukan rakyat Sabah yang ingin bertemu dan menunggu di sepanjang jalan yang akan dilalui menuju Kundasang.

Hadir sama menyambut ketibaan Tengku Hassanal dalam kunjungan hormat tersebut adalah Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif dan Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan Dan Industri Kreatif Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

RELATED ARTICLES
Utama

Pelari Borneo International Marathon dilanggar kereta di Jalan UMS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular