HomeUtama156 PATI dihantar pulang ke negara asal

156 PATI dihantar pulang ke negara asal

Read Time:1 Minute, 2 Second

TAWAU: Seramai 156 orang tahanan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Indonesia berusia antara tiga hingga 62 tahun dihantar pulang ke negara asal.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah berkata, program pemindahan tahanan PATI itu dilaksanakan melalui pintu masuk laut di Pelabuhan Tawau.

“Orang yang dipindahkan semasa siri pemindahan ke- 4 ini terdiri daripada 121 orang lelaki dewasa, 24 orang perempuan dewasa, lima orang kanak-kanak lelaki dan enam orang kanak-kanak perempuan. Kesemua individu yang balik ke Nunukan, Indonesia ini turut diiringi oleh pihak Konsulat Republik Indonesia (KRI) Tawau,” menurut kenyataan itu pada Isnin.

JIM Sabah berkata sehingga ke hari ini, jumlah keseluruhan statistik tahanan PATI yang berjaya dipindahkan dari negeri Sabah adalah 2,662 orang.

Antara warganegara asing yang mencatatkan peratusan tertinggi melakukan pelbagai jenis kesalahan di negeri Sabah dan berjaya dipindahkan ke negara asal adalah warganegara Filipina iaitu sebanyak 63 peratus dan diikuti dengan warganegara Indonesia sebanyak 31 peratus, warganegara Pakistan 3 peratus, warganegara China 2 peratus dan lain-lain warganegara 1 peratus.

JIM Sabah menyeru kepada semua pihak agar lebih peka terhadap persekitaran dalam komuniti, tidak bersekongkol melindungi atau menggaji PATI.

“Segera laporkan kegiatan PATI kepada saluran rasmi Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah melalui portal Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA),” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Impian lebih dua dekad pasangan guru tunai haji bersama seluruh...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular