HomeUtamaRuslan dilantik bapa angkat PPK Beaufort

Ruslan dilantik bapa angkat PPK Beaufort

Read Time:1 Minute, 16 Second

KOTA KINABALU: Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Ruslan Muharam, dilantik sebagai Bapa Angkat kepada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Beaufort bagi memperkukuh pembangunan sektor peladang dan pertanian di daerah itu.

Pelantikan tersebut diumumkan oleh Pengerusi PPK Beaufort, Datuk Mohd Nazri Abdullah, ketika mempengerusikan Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah (AJP) PPK Beaufort yang berlangsung di sebuah hotel di sini, pada Khamis.

Mohd Nazri berkata, pemilihan Ruslan sebagai Bapa Angkat dilihat mampu memperkukuhkan lagi hubungan strategik antara PPK Beaufort dengan kepimpinan kerajaan negeri, khususnya dalam sektor pertanian, perikanan dan keterjaminan makanan.

Katanya, pengalaman serta komitmen Ruslan dalam memperjuangkan agenda pembangunan pertanian dan industri makanan di Sabah diyakini dapat membantu memperkasakan lagi peranan PPK Beaufort dalam membela nasib golongan peladang di kawasan itu.

“PPK Beaufort amat menghargai kesediaan Datuk Ruslan yang juga Ahli Jemaah Pengarah PPK Beaufort untuk bersama-sama membantu memperkukuh pembangunan sektor peladang dan pertanian di kawasan Beaufort.

“Kita berharap hubungan erat ini akan membuka lebih banyak peluang kerjasama serta manfaat kepada ahli-ahli peladang, khususnya dalam meningkatkan produktiviti dan pendapatan mereka,” katanya.

Mohd Nazri yang juga Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Sabah berkata, pelantikan itu mencerminkan sokongan dan keprihatinan kerajaan negeri terhadap pembangunan komuniti peladang di peringkat akar umbi.

Menurutnya, kerjasama erat antara PPK Beaufort dan kerajaan negeri diharap dapat mempercepatkan pelaksanaan pelbagai inisiatif yang memberi manfaat kepada ahli peladang, termasuk dalam aspek peningkatan hasil pengeluaran, pemasaran produk serta pembangunan kapasiti.

Mesyuarat AJP PPK Beaufort turut membincangkan pelbagai agenda berkaitan pengukuhan organisasi, pembangunan ekonomi peladang dan perancangan program masa depan pertubuhan itu.

RELATED ARTICLES
Utama

‘Menabunglah seawal mungkin, giliran haji bukan singkat’ – Jemaah haji warga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular