CYBERJAYA ~~Tidak serik! Begitulah yang boleh dilontarkan terhadap video yang menunjukkan sekumpulan pelajar melakukan aktiviti buli, dipercayai berlaku di sebuah asrama yang sedang tular ketika ini.
Beberapa video perbuatan terkutuk itu dikongsi di media sosial sejak Khamis malam.
Tidak dipastikan bila dan di mana kejadian tersebut berlaku, namun terdapat dakwaan ia berlaku di sebuah ‘maktab’.
Menerusi antara video yang tular, kelihatan seorang pelajar berbaju merah dijadikan ‘bahan uji kaji’ oleh beberapa pelajar lain dengan menumbuk perut mangsa.
“Mantap gila,” kedengaran suara di dalam video selepas seorang pelajar menumbuk perut mangsa.
“Hero hero Malaya sudah tunjuk taring guys… mak bapa hantar pergi sekolah asrama belajar bagus-bagus untuk menjadi orang yang berjaya, ni tak kot… nak menjadi gangster masing-masing nak tunjuk gangster ye… cukup la banyak kes yang telah jadi sebelum-sebelum ni. Harap cepat-cepat la insaf,” tulis di posting Facebook bernama Faez Hamzah, dengan lebih 37,000 perkongsian setakat pagi Jumaat.
Terdapat kira-kira tujuh pelajar yang kelihatan di dalam rakaman selain seorang pelajar dijadikan mangsa.
Rata-rata netizen berang dengan tindakan tidak berperikemanusiaan oleh sekumpulan pelajar itu, dan mengharapkan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas dengan segera.
.