HomeUtamaInkues Zara: Saya cuma mahukan siasatan yang telus – Saksi

Inkues Zara: Saya cuma mahukan siasatan yang telus – Saksi

Read Time:1 Minute, 6 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Ibu saudara kepada Zara Qairina Mahathir memberitahu Mahkamah Koroner bahawa beliau tidak berniat menyalahkan mana-mana pihak berhubung insiden melibatkan Zara, sebaliknya hanya mahukan siasatan yang telus.

Saksi ke-71, Nur Shira Abdullah, berkata demikian ketika menjawab soalan Pegawai Pengendali, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fairuz Johari.

Menurut Nur Shira, beliau tidak menyalahkan mana-mana pihak termasuk pihak sekolah dan polis, namun berharap siasatan dijalankan secara telus.

Fairuz: Adakah puan mahu pihak tertentu seperti sekolah atau polis dipersalahkan?
Saksi: Tidak. Saya cuma mahukan siasatan yang telus.

Fairuz: adakah kritikan terhadap pegawai siasat dan sekolah kesan daripada keadaan emosi puan yang terganggu akibat kejadian? 
Saksi: Tidak. Saya tidak mengkritik, saya hanya mahukan siasatan yang telus. 

Fairuz: Puan rasa siasatan polis tidak telus? Kenapa?
Saksi: Biasanya pegawai polis akan menulis laporan semasa mendengar aduan. Tetapi IO (Investigating Officer) kes ini tidak berbuat demikian.

Fairuz: Apa maksud puan bila laporan dibuat kepada pegawai penyiasat tapi tidak ditulis. 
Saksi: Dia hanya mendengar tanpa tmenulis atau menaip do kertas laporan beliau. Laporan mengenai puan pengetua menghalang ibu Zara membuat laporan polis. 

Fairuz: Ada puan atau puan Noraidah ada pergi ke balai buat laporan ini? 
Saksi: Pada 20 Julai 2025 adalah tarikh hari pertama kali kami buat laporan terhadap puan pengetua.

Fairuz: Selepas itu ada tindakan susulan? 
Saksi: Saya tidak pasti.

RELATED ARTICLES
Utama

66 mangsa banjir di Beaufort berlindung di PPK Selagon

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular