HomeUtamaDua premis di Tawau dikompaun gagal pamer tanda harga

Dua premis di Tawau dikompaun gagal pamer tanda harga

Read Time:1 Minute, 0 Second

TAWAU : Dua premis di daerah ini dikenakan kompauan selepas didapati gagal mematuhi peruntukan undang-undang berkaitan penandaan harga.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, operasi yang dijalankan sepasukan penguat kuasa KPDN Tawau itu adalah bagi memantau aktiviti perdagangan dan memastikan peniaga mematuhi peraturan yang ditetapkan.

“Hasil semakan di lokasi mendapati barangan yang dipamerkan untuk jualan tidak disertakan tanda harga jualan tunai sebagaimana diwajibkan. 

“Perbuatan itu adalah satu kesalahan di bawah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penandaan Harga Bagi Barangan dan Caj Bagi Perkhidmatan) 2020 yang dibuat menurut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 [Akta 723],” menurut kenyataan itu di sini.

KPDN menekankan bahawa setiap barangan yang ditawarkan kepada pengguna hendaklah dipamerkan dengan tanda harga yang jelas dan mudah dilihat, lebih-lebih lagi bagi barangan kawalan berjadual seperti minyak masak, gula dan lain-lain lagi, bagi menjamin ketelusan urus niaga.

Menurut kenyataan itu, KPDN akan terus mempertingkatkan pemantauan dari semasa ke semasa, khususnya menjelang musim perayaan, bagi memastikan aktiviti perniagaan berjalan secara beretika dan mematuhi undang-undang demi melindungi kepentingan pengguna.

Dalam operasi itu juga, sebanyak 23 Kenyataan Pemeriksaan Premis (KPP) telah dikeluarkan ke atas premis-premis perniagaan yang telah diperiksa. 

RELATED ARTICLES
Utama

Menteri Pendidikan maklumkan kes Zara tidak akan disembunyikan – Saksi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular