HomeUtamaKhazanah hutan terus diperkasa sebagai aset ekonomi negara

Khazanah hutan terus diperkasa sebagai aset ekonomi negara

Read Time:1 Minute, 16 Second

KENINGAU: Kerajaan komited memartabatkan khazanah hutan negara bukan sahaja sebagai aset alam sekitar, malah sebagai pemacu ekonomi yang signifikan bagi masyarakat luar bandar.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata, tema Hari Hutan Antarabangsa (HHA) tahun ini iaitu ‘Hutan dan Ekonomi’ sangat bertepatan dengan potensi yang dimiliki oleh kawasan pedalaman, khususnya di Sabah.

“Hutan merupakan sumber ekonomi yang mampan. Kita boleh menjana pendapatan melalui sektor ekopelancongan, hasil hutan bukan kayu, serta pembangunan sektor pertanian yang terkawal.

“Ini adalah peluang untuk masyarakat setempat meningkatkan taraf hidup mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan majlis penanaman pokok bersemoena Sambutan Hari Hutan Antarabangsa 2026 peringkat Kebangsaan di sini pada Jumaat.

Pada majlis itu, Arthur turut serta menyempurnakan program penanaman 1,000 pokok di Hutan Simpan Sook Lake, di sini.

Menurut Arthur, pemilihan Sabah sebagai lokasi sambutan adalah disebabkan status negeri itu yang memiliki liputan hutan antara yang tertinggi di Malaysia.

Tambahnya, program tiga hari itu juga bertujuan mempromosikan kesedaran bahawa pemeliharaan hutan dan pembangunan ekonomi boleh bergerak seiring demi kesejahteraan rakyat.

“Pelajar sekolah dan golongan muda diseru untuk menjadikan aktiviti penanaman pokok sebagai budaya dan gaya hidup bagi menjamin masa depan bumi yang lebih hijau dan stabil.

“Saya juga mahu rasa cinta terhadap alam sekitar dipupuk sejak di bangku sekolah lagi. Melalui program hari ini, kita melibatkan pelajar dari SMK Sook dan SMK Trus Madi supaya mereka sendiri merasai pengalaman menanam pokok.

“Kita mahu mereka menghargai hutan yang ada hari ini untuk kelangsungan masa depan mereka nanti,” jelasnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Pakar psikiatri tolak kemungkinan Zara tetap akhiri nyawa tanpa konfrontasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular