HomeUtamaOps Tiris 4.0: Cubaan seludup 2,000 liter diesel dipatahkan

Ops Tiris 4.0: Cubaan seludup 2,000 liter diesel dipatahkan

Read Time:1 Minute, 17 Second

TAWAU: Sebanyak 2,000 liter minyak diesel berjaya disita di tepi Jalan Kampung Aman, Tanjung Batu, di sini.

Kesemua minyak diesel tersebut disimpan di dalam sebuah kenderaan komersial jenis lori tangki jenama Nissan berkapasiti 10,000 liter yang dipercayai cuba diseludup ke negara jiran.

KPDN Cawangan Tawau menerima serahan kes itu daripada Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau hasil tindakan penguatkuasaan menerusi Ops Tiris 4.0 (Bersepadu) dalam usaha membanteras aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi di daerah Tawau dan kawasan perairan sekitarnya.

KPDN Tawau berkata, nilai rampasan barang kawalan dianggarkan berjumlah RM9,940 manakala keseluruhan nilai rampasan termasuk barang bukan kawalan dianggarkan sebanyak RM159,940.

Susulan itu, KPDN Tawau telah membuka satu kertas siasatan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 bagi tindakan lanjut.

KPDN memberi amaran keras kepada mana-mana individu atau syarikat agar sentiasa mematuhi perundangan yang telah ditetapkan.

“Mana-mana pihak yang melakukan kesalahan boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM1 juta bagi kesalahan pertama dan tidak melebihi RM3 juta bagi kesalahan berikutnya bagi orang perseorangan, atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Bagi syarikat pula, jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2 juta bagi kesalahan pertama dan tidak melebihi RM5 juta bagi kesalahan berikutnya,” menurut kenyataan itu pada 22 Mei lalu.

Sebarang aduan dan pertanyaan boleh disalurkan melalui saluran rasmi KPDN.

KPDN turut menegaskan komitmennya untuk terus bekerjasama rapat dengan agensi penguat kuasa lain dalam membanteras penyelewengan barang kawalan serta memastikan tindakan tegas diambil terhadap pihak yang melanggar undang-undang.

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

SPM 2025 : Mengapa Matematik Terus Menjadi Mimpi Ngeri Pelajar?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular