KOTA KINABALU: Seramai 53 finalis Unduk Ngadau bakal berentap pada Pertandingan Akhir Unduk Ngadau Kaamatan 2026 yang akan berlangsung di Hongkod Koisaan, Penampang pada 31 Mei ini.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Unduk Ngadau Negeri, Dr Mary Gambidau, tahun ini menyaksikan penambahbaikan format pertandingan apabila 25 peserta terbaik akan mara ke pusingan seterusnya berbanding hanya 15 peserta sebelum ini.
Beliau berkata, sistem penilaian dua peringkat turut diperkenalkan, melibatkan penilaian awal sepanjang Minggu Unduk Ngadau dan penilaian akhir pada malam kemuncak pertandingan.
Pemenang Unduk Ngadau Kaamatan 2026 bakal membawa pulang wang tunai RM15,000, selain tajaan biasiswa pendidikan, saringan kesihatan, produk kecantikan dan pelbagai hadiah menarik lain.
Untuk melihat senarai penuh 53 finalis yang bertanding



