HomeUtamaArifin kekal terajui PMBS, tiga jawatan utama tidak dipertandingkan.

Arifin kekal terajui PMBS, tiga jawatan utama tidak dipertandingkan.

Read Time:1 Minute, 17 Second

KOTA KINABALU :  Tiga jawatan tertinggi Persatuan Masyarakat Brunei Sabah (PMBS) bagi sesi 2026–2028 dimenangi tanpa bertanding selepas mendapat sokongan padu daripada cawangan-cawangan persatuan di seluruh negeri.

Perkara itu diumumkan Setiausaha Agung PMBS, Norhasan Ismail, menerusi satu kenyataan di sini.

Menurut beliau, hasil Mesyuarat Agung Tiga Tahun Perwakilan di peringkat cawangan yang berlangsung dari 1 Mei hingga 31 Mei lalu mendapati 31 daripada 32 cawangan yang layak mengadakan persidangan telah mengemukakan usul supaya tiga jawatan utama iaitu Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden I tidak dipertandingkan.

“Ini bermakna penyandang jawatan Presiden, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif; Timbalan Presiden, Datuk Pengiran Saifuddin Pengiran Tahir; dan Naib Presiden I, Pengiran Japar Pengiran Osman, menang tanpa bertanding bagi sesi 2026–2028,” katanya.

Norhasan berkata, bagi sembilan jawatan Ahli Jawatankuasa Pusat (AJP) yang akan dipertandingkan, beberapa nama telah dikemukakan dan dicalonkan oleh cawangan-cawangan PMBS.

Menurutnya, senarai penuh calon yang layak bertanding akan diumumkan kepada seluruh ahli dalam masa terdekat.

Beliau turut memaklumkan bahawa Ahli Jawatankuasa Pusat dalam mesyuaratnya dua minggu lalu telah memutuskan Mesyuarat Agung Tiga Tahun Perwakilan PMBS bagi sesi 2026–2028 akan diadakan pada 13 Jun 2026 di Dewan Saadah, Wisma MUIS, Kota Kinabalu, bermula jam 8.30 pagi.

“Sebelum mesyuarat agung berlangsung, PMBS turut akan menganjurkan Forum Etnik dan Budaya Masyarakat Brunei Sabah yang dijangka dihadiri lebih 300 perwakilan serta pemerhati,” katanya.

Norhasan berkata, mesyuarat agung itu akan dirasmikan oleh Presiden PMBS, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah serta Exco Hal Ehwal Agama Islam Sabah.

RELATED ARTICLES
Utama

Masidi puji semangat 16 alumni Yayasan Terengganu tawan puncak Gunung Kinabalu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular