HomeUtamaSabah perkukuh peranan sebagai pemilik industri minyak dan gas - Masidi

Sabah perkukuh peranan sebagai pemilik industri minyak dan gas – Masidi

Read Time:1 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU: Sabah kini sedang melalui transformasi besar dalam sektor tenaga dengan mengambil peranan lebih aktif sebagai pemilik dan peneraju industri minyak dan gas negeri, kata Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun.

Beliau berkata, menerusi SMJ Energy, kerajaan negeri mempercepatkan aktiviti huluan, mengkomersialkan penemuan sumber tenaga baharu serta memastikan lebih banyak nilai ekonomi yang dijana daripada sumber negeri dapat dikekalkan untuk manfaat rakyat Sabah.

“Sabah bukan lagi sekadar pemerhati. Kita adalah pemilik, penyumbang dan pemangkin yang membentuk masa depan industri minyak dan gas negeri ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Alu-aluan Oil & Gas Services and Equipment Conference and Exhibition (OGSE) Sabah 2026 di Dewan Sipadan, Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), baru-baru ini.

Masidi yang juga Pengerusi SMJ Energy berkata, kerajaan negeri mengalu-alukan penyertaan pelabur serta rakan strategik antarabangsa melalui kerjasama yang berteraskan perkongsian teknologi, kepakaran dan modal bagi memacu pertumbuhan industri tenaga Sabah.

Beliau turut menggesa syarikat yang terlibat dalam sektor itu agar memberi peluang kepada vendor tempatan, melabur dalam pembangunan bakat anak Sabah serta mewujudkan kerjasama jangka panjang bagi memastikan manfaat industri dapat dinikmati secara menyeluruh.

Menurutnya, penganjuran OGSE Sabah 2026 bukan sekadar platform mempamerkan peralatan dan perkhidmatan minyak dan gas, malah mencerminkan komitmen kerajaan negeri untuk memperkukuh kestabilan kewangan, meningkatkan kebebasan komersial serta mewujudkan iklim pelaburan yang lebih kondusif di Sabah.

“OGSE Sabah 2026 menjadi manifestasi kesungguhan kerajaan negeri dalam membangunkan industri tenaga yang mampan dan berdaya saing, sekali gus menarik lebih banyak pelaburan berkualiti ke Sabah,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan kerajaan negeri akan terus menyokong pertumbuhan sektor tenaga bagi memastikan kejayaan yang dicapai dapat memberi manfaat berpanjangan kepada ekonomi negeri dan kesejahteraan rakyat Sabah.

RELATED ARTICLES
Utama

Masidi terima kunjungan hormat delegasi Kinara Energy, Shandong Yingbao

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular