HomeUtamaGempa bumi di Mindanao: Pasukan keselamatan Sabah terus pantau kawasan pantai

Gempa bumi di Mindanao: Pasukan keselamatan Sabah terus pantau kawasan pantai

Read Time:1 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah mengesahkan keadaan di kawasan pesisir pantai pantai timur negeri ini kekal terkawal dan selamat susulan kejadian gempa bumi bermagnitud 7.9 yang berlaku di Mindanao, Filipina, pada jam 7.37 pagi, Isnin.

Pemantauan dijalankan susulan nasihat tsunami yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), yang menjangkakan ombak tsunami berpotensi melanda kawasan pantai di Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu antara jam 10.30 pagi hingga 12 tengah hari.

Sehubungan itu, pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna telah digerakkan bagi menjalankan pemantauan di kawasan pesisir pantai, penempatan penduduk serta lokasi berisiko di kawasan jagaan masing-masing.

Rondaan di sekitar bandar Tawau.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi JBPM Sabah berkata, hasil pemantauan setakat waktu laporan ini mendapati tiada sebarang kerosakan struktur, kejadian luar biasa, peningkatan paras air laut yang membahayakan mahupun insiden kecemasan dilaporkan di kawasan terlibat.

“Keadaan semasa adalah terkawal dan selamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, JBPM Sabah akan terus melaksanakan pemantauan secara berterusan dan berada dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan susulan amaran yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berkaitan.

Katanya, maklumat lanjut akan dikemas kini dari semasa ke semasa berdasarkan perkembangan semasa dan laporan agensi berkaitan.

RELATED ARTICLES
Utama

Nasihat tsunami susulan gempa bumi di Mindanao ditamatkan – MetMalaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular